Sunday, October 19, 2008

Krisis Kewangan Amerika Syarikat

Sembang terisi

petikan daripada :-

http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=36750&hl=youtube

Tahukah anda ?

masalah ni berlaku pasal

1) banyak sangat rumah (supply > demand), harga rumah jatuh
2) loan ninja (no income, no jobs, no assets)
3) bila harga rumah lagi kurang dari harga pokok pinjam, ninja2 celup ni decided utk default on the payment

ni phase 1.

phase 2 berlaku pasal bank2 kat us ni package kan loan-loan ninja ni dlm mortgage fund (duit org bayar loan ni dia simpan dlm fund ni, so bila org default, fund takda duit). banyak bank2 luar negara dan govt beli collateral fund ni. so tu yg jadi 1 dunia tu pun kena. cth govt malaysia pun ada exposed jugak kat fund camni cuma to what extent tak tau la. biasala nak jual barang kat us, us mintak malaysia beli fund2 cam treasury bond dia atau mortgage fund ni. free trade mah!

dlm time magazine last 2 editions ni ada banyak detailed pasal apa berlaku benda ni.

to put dlm perspektif.

the price of greed.

i think ni pasal banyak sangat advice kata beli property bagus utk invest. ni pasal apa ramai sangat default pasal dapat advice mazhab camni la. dah tau takda asset, tak mampu nak bayar, lagi mau beli rumah buat investment. bodo piang.

kat malaysia ni dah ramai ninja gak, sebab tu lepas jadi krisis ni, banks tighten credit rulings. loan susah nak approve.

yang elok kita ambil, yang tak elok, pandai2 korang la..

QUOTE
CREDIT CRUNCH :

MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM

http://jemaah- islam.blogspot. com


KRISIS KREDIT INI UMPAMA PENYAKIT SIPLIS

Pada zaman kegemilangan Islam, penyakit siplis tidak dijumpai dalam Negara Islam. Ia dikenali sebagai penyakit orang Eropah(European Man Disease). Ini kerana perlaksanaan hukum Islam memustahilkan penyakit ini merebak.



Begitu juga dengan krisis kredit in, ia mustahil berlaku dalam negara Islam. In kerana asas ekonomi Islam sama sekali berbeza dengan kapitalisme. Penyakit kronik ini akan membawa kepada ajal kapitalisme sebentar lagi.



KESAN TERHADAP US, EU DAN ASIA



Pengerusi Federal Reserve (FED), Ben S. Bernanke, dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Henry Paulson, mengumumkan US memerlukan bantuan antarabangsa untuk menangani krisis kredit yang sedang melanda. Malah mereka turut mengakui bahawa krisis ini telah melanda US sejak 14 bulan lepas. Ini memaksa FED melakukan bailout terhadap BEAR STEARN sebanyak US30billion, FANNIE MAE & INDY MAC (US200billion) , AIG (US85billion) WALL STREET (US700billion) . Perkembangan terbaru menunjukkan AIG, Lehman dan Wall Street memerlukan bantuan tambahan. US juga memberi amaran, sekiranya antarabangsa tidak turut serta membantu kesannya akan dirasakan keseluruh dunia. Malah krisis ekonomi dunia yang lebih teruk dari tahun 1930 mungkin terjadi jika ia tidak ditangani dengan baik.

Kesan ini sememangnya dirasakan diseluruh dunia. Bursa saham Miscex Russia jatuh 19% secara mendadak dan merupakan tahap terendah dalam tempoh 2 dekad. Petunjuk bursa saham bagi 23 buah Negara mendapati ia telah turun sebanyak 30% ke paras terendah sejak tahun 1970. Di German kerajaan terpaksa memberi bantuan sebanyak USD68billion untuk menyelamatkan Hypo Real Estate. Manakala kerajaan Perancis menyuntik 6.4billion Euro terhadap Belgian Bank. Manakala banyak lagi bank-bank Eropah yang sedang tenat seperti Fortis, ING(Belanda) , KBC ( Belgium ), Natixis(Perancis) dan UniCredit (Itali). Dalam masa US menuntut kerjasama Eropah, pemimpin EU tidak henti-henti menyalahkan US dan menuntut US bertanggungjawab.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menyatakan Asia akan menerima kesan dari krisis kredit ini kerana Asia adalah pengeluar produk utama kepada US dan Eropah. Walauoun memiliki rizab tukaran asing sebesar USD3trillion dan kadar simpanan yang relative tinggi berbanding Eropah dan US , negara-negara Asia turut terhimpit akibat dari krisis kredit ini, Pasaran saham merudum teruk dari Tokyo hingga ke Mumbai. Paling menakutkan sedikit masa lagi adalah penarikan keluar modal syarikat Eropah dan US untuk menampung kerugian mereka yang berkemungkinan besar menyebabkan kegawatan ekonomi yang lebih parah berbanding 1998. Reuters melaporkan Malaysia antara negara yang dijangka akan menerima kesan teruk kerana 1/3 hutang Malaysia adalah dibuat oleh pelabur asing. Pelabur-pelabur asing ini telah mula menarik modal mereka keluar yang dijangka mengakibat ramai yang akan dibuang kerja dan kegawatan ekonomi.


KRISIS ADALAH LUMRAH KAPITALISME

Dr. Thahir Abdul Muhsin Sulaiman menyebut krisis dalam system ekonomi kapitalisme memang bersifat suatu kitaran. Ertinya perrtumbuhan ekonomi yang terjadi hanyalah putaran menuju puncak dan akan jatuh ke lembah krisis kembali.


Harry Shutt dalam Destroy of Capitalisme( 2005) menyebut bahawa kapitalisme kini sedang mengalami gejala-gejala utama kegagalan secara sistemik. Misalnya semakin pertumbuhan ekonomi yang semakin lesu dan semakin sering terjadinya krisis kewangan.

Jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia, Ustaz Ismail Yusanto pula menyebut sistem sistem ekonomi kapitalisme sebagai self-destructive( menghancurkan diri sendiri)



BAGAIMANA KRISIS KREDIT INI BERMULA?

Di Amerika Syarikat, jumlah mereka yang tidak mampu membeli rumah adalah terlalu ramai. Wujudnya terlalu ramai orang yang tidak layak meminjam(sub prime) ini telah memberi kesan buruk kepada sektor hartanah, perbankan, pembinaan dan insurans sehingga satu tahap kritikal sekitar 1990an. Untuk itu US mula membenarkan golongan sub prima ini membuat pinjaman untuk membeli hartanah tetapi dengan kadar faedah dan perlindungan insurans yang sangat tinggi.

Kesannya, harga hartanah tadi melambung berkali ganda. Kemudian mereka malah menerbitkan bon dari hutang-hutang sub prima tersebut. Maka nilai non real hartanah terus meningkat sehingga ia menjadi trend di US. Di satu sisi sektor hartanah, perbankan dan insurans kelihatan perkembang. Hakikatnya adalah seperti data Moody’s ratio of Credit Downgrades to Upgrades adalah pola kredit perbankan yang semakin menurun sejak 1993 yang membahayakan sektor perbankan itu sendiri.

Krisis sub prima ini mula dirasakan sejak 2007, apabila mereka tidak mampu membayar hutang bon-bon yang diterbitkan dan bank tidak mampu untuk memberikan pinjaman untuk pembiyaan semula. US cuba menangani krisis ini dengan membuat spekulasi terhadap pasaran hadapan komoditi seperti bahan makanan dan bahan api untuk menjual lebih banyak dollar tetapi hanya berjaya buat seketika.

Dalam masa yang sama, krisis sub prima mencapai takat didih sehingga bank tidak cukup kredit. Permasalahan paling kritikal adalah nilai real hartanah yang dijadikan bon adalah terlalu kecil berbanding bon yang dikeluarkan. Tentunya bank hartanah seperti Indi Mac, Fannie Mae dan Lehman Brothers paling teruk menerima kesannya, diikuti syarikat inusrans terbesar dan merebak ke pasaran saham Wall Street. Sekarang, krisis yang bermula di Negara Uncle Sam ini telah merebak ke seluruh dunia.



.KRISIS KREDIT MUSTAHIL BERLAKU DALAM EKONOMI ISLAM

1)Perbezaan fundamental adalah Islam memandang matawang sebagai alat tukaran sedangkan kapitalisme memandang matawang komoditi dagangan.

2) Sistem matawang Islam adalah bersandarkan emas dan perak. Sedangkan kapitalisme hanyalah fiat money yang hampir tiada sandaran emas. Kapitalis telah menerapkan sistem matawang bersandarkan hutang (debt based moneytary system) yang membolehkan mereka menjana wang dari hutang yang mana ia dijadikan asas ekonomi.

3) Islam melarang riba sedangkan faedah adalah asas bagi sistem matawang bersandarkan hutang yang telah diterapkan sejak 1973 hingga kini.

4) Dalam Islam tiada perkongsian non real sebagaimana sektor non real yang mendominasi ekonomi kapitalisme yang lahir dari spekulasi.



QUOTE
Recession is coming ... make your own judgment, don't panic !! Do what is wise.
The recession looks very eminent.. It is really time to take pro active steps to avoid a painful time in the next two years which is how long the recession is expected to last.

Suggestions:
1. Don't take any loans, buy homes, properties with loans, or even cash. Keep as much cash as possible.
2. Pay off as much of personal loans, private loans, as debt collection will be hastened.
3. Sell any stocks you can even at lower prices.
4. Take money off from Trust Funds.
5. Don't believe in huge sales forecast from customers, be extremely prudent, lowest inventories, reduce liabilities.
6. Don't invest in new capital.
7. If you are selling homes/ properties/ cars , do it now, when you can get good prices, they are going to fall.
8. Don't invest in new business proposals..
9. Cancel holiday plans using credit cards.
10. Don't change jobs, as companies will retrench based on 'last in first out'.

Stay cool, wait, and if you took all of the above actions and more, you probably will be better off then many.
This is not a rumor. Bear Stearns is the first of many banking and financial institutions that will start falling in the not too future. If Bear Stearns can fall, so can JP Morgan, Citibank, HSBC, and the whole world.

US economy falls, the rest will crumble. India and all those self economies will be the most protected, but not gullible. Europe may be a little stronger, but not China , another giant! Malaysia will see significant impact.

Dari segi pandangan seorang yg lebih melihat makro dan mikro ekonomi: aku sembang2 dgn org ekonomi tapi bisnes buat cendawan sekarang.

point no 9,2 di atas memang sesuai.10 terkecuali...

Cadangan itu adalah dari pengamal pemain pasaran terutama Jew. Krisis 1997-1999 menyaksikan konsep yang di sama di cadangkan oleh IMF dan Bank dunia.
Kita ada rakyat 27 juta,kalau semua panik buat macam tu ( point2 di atas kecuali no 2 n no 9) kita akan tengok la kebobrokan ekonomi dalam jangka masa yang cukup panjang.

alasan:

1.SME akan gulung tikar
2.ekonomi mengalami frost
3.inflasi akan meningkat ( di sebabkan sumber luar di gunakan setelah SME di tutup )
4. interest akan meningkat
5.peluang kerja akan berkurang
6.kadar pengangguran akan meningkat
7.struktur sosio ekonomi akan porak peranda

kaedah mengatasi:

1.menurunkan kadar faedah
2.kurangkan import
3.merancakkan ekonomi domestik
4.beli produk tempatan

IMF dan bank dunia telah mengakui kaedah reverse engineering Tun Mahathir telah berjaya. Walaupun SME teruk tapi tak terus lumpuh.DSAI mendukung prinsip IMF dan Bank dunia telah di tendang . Nampak memang akan menyelamatkan ekonomi perseorangan tapi fikirkan jangka panjang nya utk ekonomi negara.Kita bukan orang besar2 tapi sekadar dapat membantu.Loan ASB di bank2 tu memang akan menyusahkan tapi aku tak rasa Trust Unit akan menyusahkan secara teruk.

Sapa ada cash...berani. ni la masa kita membeli saham terutama saham di middle east. Saham2 perusahaan di Iran memerlukan suntikan tapi risikonya kalau Iran di serang US. Kalau situasi sekarang ni, aku tak rasa US serang Iran. Saham2 Iran akan melambung kalau reaktor nuklear siap dan elektrik akan menjana industri nya. Masa tu saham2 kita beli sekarang akan melambung.
Ada kelompok cerdik pndai Msia dah gerak ke arah itu.Selain beramal membantu Iran dapat membantu saudara di Palestin juga.


p/s: aku takde duit ratus2 riban nak labur...hehehe..labur satu ringgit pun boleh la.



QUOTE

7. Yet today we see the US Government readying US700 billion to brazenly bail out banks, mortgage companies and insurance companies.

8. Where does the money come from? From thin air as no real money in cash or bullion or anything tangible are moved into the bankrupt banks. The money is just in the form of loan papers and entries in the books of the banks or companies.

9. The US 700 billion has no backing whatsoever. No gold reserves, no foreign currency reserves as required for other countries. Without such backing the US Dollar is actually useless. Only the military power of the US is forcing the world to give value to the US Dollar.

10. Desperate to avoid a serious recession the US has abandoned all its principles. It has now banned short selling, limited currency trading and insist that the accounts of hedge funds and currency traders to be open for inspection and be published.


Read the rest of the entry here.


dipetik daripada: http://tukartiub.blogspot.com/2008/10/arah...-kapitalis.html


QUOTE

ARAH EKONOMI KAPITALIS

Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini di bawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah.

Ahli-ahli Dewan Congress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion sterling pound untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.

Dari mana asal usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini ?

Semua ini berpunca dari asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state dan membuka pasaran bebas. Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengenepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon memansuhkan Bretton Woods Agreements.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengkoyak rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.

Yang menjadi ganti Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika telah di paksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika. Justeru semua jual beli diantara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petrolium wajib menggunakan dolar Amerika.

Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 70’an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.

Rupa-rupa langkah Presiden Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.

Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik ‘ telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka resminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan diantara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel laureate Ekonomi yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkrer44+++aaaan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru peperangan di Iraq dan Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.

Dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah memberi ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah di lupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation ((WTO ) atau atas nasihat Bank Dunia.

WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa ganguan. Dua lembaga ini mengajukan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.

Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan dasar PENSWASTAAN yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.

Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini - ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masaalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.

Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – dua-dua datang sekali harung. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh/bangun setiap sepuluh tahun – 1974 – 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini bebeza. Ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi. Ianya lebih dari itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan (surplus production) malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.

Dalam suasana nilai dolar jatuh, Federal Reserve – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Federal Reserve terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan export utama Amerika. Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia. Bila dolar melambak maka nilainya semakin merosot. Ini samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 dahulu.

Untuk memastikan dolar terus di terima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus dingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana Saddam telah meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai dolar.

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya – perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh menanam padi hasilnya ialah beras.

Perniagaan bentuk baru- tidak membuat apa-apa barangan - ianya hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang dari beratus-ratus peniaga bentuk ini.

Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai – berjudi/betting. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ianya tidak menghasilkan apa-apa barangan/products. Jenis perniagaan ini muncul hasil dari dasar neoliberalisma. Perniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.

Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan di City of London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’ maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu.

Dalam masa kurang lebih 6 bulan krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Di Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku maka banyak pabrik dan kilang akan ditutup. Banyak yang akan hilang pekerjaan.

Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.

Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat. Bumi Hijau bermakna kita mengajukan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.

Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan komputer chips kerana ianya bukan potato chips. Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dari dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidal lama lagi.



No comments: